Pages

There was an error in this gadget

Salam MaaL HijraH





Terasa sekejap masa berlalu...kini kita sudah melangkah masuk ke 1433H. Semoga dalam tahun baru Islam ini kita sama-sama memperbaharui tekad untuk mengeratkan lagi ikatan perpaduan demi kekuatan agama, bangsa dan keutuhan negara. Ibarat air yang dicincang tidak akan putus...begitulah hendaknya.



Ia menjadi permulaan hari dalam setahun ini, untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang dilaknat. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijrah (1433) ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah kali ini, mari kita hayati tulisan di bawah ini.

Tazkirah Maal Hijrah 1433

  • Hijrah kita sekarang ini bukan hijrah naik unta lagi.
Tetapi hijrah kita hijrah hati, ubah sikap dan baiki diri. Supaya hati jadi jinak dengan Ilahi dan tidak sekali-kali menyombong diri.
  • Hijrah kita tanpa unta, tanpa perlu berjalan di tengah panas membara, tanpa perlu takut dikejar musuh durjana.

Hijrah kita adalah hijrah dari alam gelap ke alam cahaya. Dari alam leka ke alam jaga. Dari fantasi ke alam realiti.


  • Ingatlah, dunia ini untuk kehidupan yang sementara, sebelum kita hadir ke alam hakiki yang kekal abadi.
Maka, hijrahlah kita dari sikap tidak baik kepada sikap yang baik. Dari perangai molek ke yang lebih molek. Dari akhlak murni menjadi akhlak sufi.
  • Kita ini, terlalu banyak sikap tak baik. Terlalu banyak yang laghoo (sia-sia) dan yang berdosa.
Di pejabat kita…
  • suami/isteri orang pun kita buat macam suami/isteri sendiri
  • usik sana usik sini
  • dah tak rasa berdosa lagi
  • orang Kedah kata dah "mangli"
  • sedangkan malaikat tetap tidak peduli
  • sentiasa mencatit segala amal diri
  • yang mulia mahupun yang keji.

Suka buang masa pun perlu kita hindari, maklum saja zaman IT. Dok berchatting tak henti-henti. Guna pula komputer yang majikan bagi. Soal amanah kita dah tolak tepi. Dah tak ingat mati bila-bila boleh mari. Akhirat nanti, apa jawapan nak diberi pada Ilahi???
  • Maka penting sekali kita buat hijrah diri. Hijrah seperti berpindah ke rumah baru. Benda tak berguna jangan dibawa sama. Tinggalkan di tong sampah selayaknya. Hanya yang baik-baik dan yang berguna saja kita bawa.
Demikianlah penghijrahan diri yang sepatutnya. Sikap-sikap yang berserabut dan berdebu, kita buanglah jauh-jauh.
  • Suka merajuk, suka menunjuk, suka menyibuk, suka menyampuk, suka mengamuk… Tak usah lah kita dok simpan lagi perangai-perangai ini.
Sifat mazmumah (sifat yang keji) itu bagaikan penyakit kanser, semakin dipendam semakin parah. Namun terpulanglah, kalau kita masih sayang dan nak sehidup semati dengan perangai itu, apakan daya. Tunggulah saat nya pasti tiba. Malaikat Izrail pasti menjelma. Mencabut nyawa tanpa kira masa!
  • Tahun Baru Hijrah yang menjelma ini. Sambutlah dengan azam dan semangat baru. Dari yang tak baik berhijrahlah kepada yang baik. Dari yang sudah baik, kepada yang lebih baik.

Ingatlah, sementara hayat dikandung badan. Selagi daya masih terdaya. Selagi masa masih berusia. Maka ambillah peluang, manfaatkan sepenuhnya. Sebelum hijrah berakhir. Dari dunia yang fana', menuju Alam Baqa yang kekal abadi. Mari kita insafi diri, waktu itu tiada "U-turn" untuk kita lagi!!! Sekian, Renung-renungkan dan selamat beramal. Selamat menyambut Maal Hijrah 1433


Best viewed using Google Chrome, internet explorer 8.0 or Mozilla Firefox All rights reserved © 1433 H

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Jom Klik Kat Sini