Pages

Berita Dari Syria

Tel-Aviv-dalangi-krisis-Syria



DAMSYIK – Pengakuan oleh pegawai Turki yang ditahan di Syria minggu lalu mendedahkan bahawa Tel Aviv terbabit dalam pemberontakan yang diketuai ‘kumpulan bersenjata’ di negara itu untuk menggulingkan regim Bashar Assad, lapor sebuah agensi berita Iran.

Wakil agensi berita Iran, Fars di Damsyik menyatakan bahawa sumber keselamatan Syria mendakwa tujuh daripada 49 pegawai Turki yang ditahan, mengaku bahawa mereka dilatih oleh Mossad Israel untuk melaksanakan operasi keganasan. Mereka juga mendakwa mempunyai hubungan dengan Arab Saudi dan Qatar.

Seorang daripada pegawai Turki berkenaan mengakui bahawa komando Israel menyelinap masuk ke wilayah Syria dan memberikan bantuan untuk membebaskan tentera Syria.

“Mossad juga menghantar satu pasukan ke Jordan untuk melatih ahli al-Qaeda yang datang dari Libya dalam usaha untuk menghantar mereka ke Syria bagi melawan tentera biasa Syria,” kata pegawai itu yang dipetik Fars.

Sumber berkata pihak berkuasa Syria berhati-hati untuk tidak menyiarkan semua pengakuan oleh pegawai Turki berikutan mereka mahu mencapai satu rundingan dengan Ankara yang akan termasuk pembebasan pegawai berkenaan sebagai pertukaran dengan ahli tentera bebas Syria, satu komitmen untuk melemahkan kumpulan pengganas dan mengawal sempadannya bagi menghalang senjata dan kemasukan elemen pengganas.

Ada laporan menyatakan bahawa kawasan antara Ramtha di utara Jordan kini adalah zon tentera tertutup yang melindungi kira-kira 11,000 tentera bersenjata, terutama rakyat Libya yang bertanggungjawab menjalankan operasi tentera menentang tentera Syria sebagai pertukaran dengan bayaran AS$1,000 (RM3,000) sebulan. Laporan itu menyebut Riyahd dan Doha membiayai tentera berkenaan.
Selain itu, sebuah saluran televisyen Amerika Syarikat mendedahkan bahawa pesawat negara itu turut memantau peristiwa di Syria.
Credit– Agensi




Best viewed using Google Chrome or Mozilla Firefox. All rights reserved © 1433H / 2012M

Syria Di Hatiku


BEIRUT – Amerika Syarikat menutup kedutaan di Syria dan Britain memanggil pulang dutanya dari Damsyik dalam usaha terbaru Barat memberi tekanan supaya Presiden Bashar Assad melepaskan kuasa dan menghentikan pertumpahan darah di Syria.


Walaupun usaha diplomatik pada peringkat PBB tersentap dengan veto oleh Russia dan China, tindakan Amerika Syarikat dan Britain adalah mesej jelas bahawa kuasa Barat melihat rundingan dengan Asad hanya sia-sia dan akan memperkukuh kedudukan pembangkang Syria.


“Ini adalah rejim yang akan jatuh dan rejim pembunuh,” kata Setiausaha Luar British, William Hague, ketika beliau memanggil pulang duta negara itu dari Syria.


Presiden Barack Obama pula berkata, pengunduran pemimpin Syria itu hanya menunggu masa.“Kami berterusan menghantar mesej bahawa kini adalah masa untuk Assad berundur,” katanya dalam temubual dengan NBC.


Dalam keganasan terbaru yang dilaporkan di Homs semalam, pasukan tentera Syria dikatakan membedil kawasan perumahan dan klinik sementara pada hari ketiga serangan, menyebabkan 40 orang terbunuh.
Berbelas lagi orang dilaporkan terbunuh di bandar lain.


Credit – AP



Kepada sesiapa yang belum tahu, sahabat2 kita di Syria sekarang menghadapi musibah. Kebangkitan rakyat di sana telah memberi satu kesan buruk kepada mereka sendiri di mana pemimpin mereka dengan kejam mengambil tindakan membunuh rakyatnya. Tindakan kejam yang diambil oleh rejim Basyar Al-Assad.

 ..
mari kita sama- sama menadah tangan berdoa untuk saudara2 kita di Syria. Hanya doa yang mampu kita kirimkan buat masa sekarang.


Moga Allah mempermudahkan mereka dan diberi kekuatan senantiasa.
inshaAllah .

KAMI PEDULI SYRIA ~


* maaf kpd semua pembaca kerana lama tidak mengupdate blog ini. (^_^)



Best viewed with Google Chrome or Mozilla Firefox. All rights reserved © 1433H / 2012M
Related Posts with Thumbnails

Jom Klik Kat Sini