Pages

Berita Dari Syria

Tel-Aviv-dalangi-krisis-Syria



DAMSYIK – Pengakuan oleh pegawai Turki yang ditahan di Syria minggu lalu mendedahkan bahawa Tel Aviv terbabit dalam pemberontakan yang diketuai ‘kumpulan bersenjata’ di negara itu untuk menggulingkan regim Bashar Assad, lapor sebuah agensi berita Iran.

Wakil agensi berita Iran, Fars di Damsyik menyatakan bahawa sumber keselamatan Syria mendakwa tujuh daripada 49 pegawai Turki yang ditahan, mengaku bahawa mereka dilatih oleh Mossad Israel untuk melaksanakan operasi keganasan. Mereka juga mendakwa mempunyai hubungan dengan Arab Saudi dan Qatar.

Seorang daripada pegawai Turki berkenaan mengakui bahawa komando Israel menyelinap masuk ke wilayah Syria dan memberikan bantuan untuk membebaskan tentera Syria.

“Mossad juga menghantar satu pasukan ke Jordan untuk melatih ahli al-Qaeda yang datang dari Libya dalam usaha untuk menghantar mereka ke Syria bagi melawan tentera biasa Syria,” kata pegawai itu yang dipetik Fars.

Sumber berkata pihak berkuasa Syria berhati-hati untuk tidak menyiarkan semua pengakuan oleh pegawai Turki berikutan mereka mahu mencapai satu rundingan dengan Ankara yang akan termasuk pembebasan pegawai berkenaan sebagai pertukaran dengan ahli tentera bebas Syria, satu komitmen untuk melemahkan kumpulan pengganas dan mengawal sempadannya bagi menghalang senjata dan kemasukan elemen pengganas.

Ada laporan menyatakan bahawa kawasan antara Ramtha di utara Jordan kini adalah zon tentera tertutup yang melindungi kira-kira 11,000 tentera bersenjata, terutama rakyat Libya yang bertanggungjawab menjalankan operasi tentera menentang tentera Syria sebagai pertukaran dengan bayaran AS$1,000 (RM3,000) sebulan. Laporan itu menyebut Riyahd dan Doha membiayai tentera berkenaan.
Selain itu, sebuah saluran televisyen Amerika Syarikat mendedahkan bahawa pesawat negara itu turut memantau peristiwa di Syria.
Credit– Agensi




Best viewed using Google Chrome or Mozilla Firefox. All rights reserved © 1433H / 2012M

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Jom Klik Kat Sini