“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Al-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Menjadi rebutan diwaktu 10 malam terakhir Ramadan ialah lailatul qadar ataupun didalam bahasa ialah malam takdir. Ramai yang menyebut malam lailatul qadar tapi nak diperbetulkan disini lail itu dalam bahasa arab membawa maksud malam jadi memadai dengan menyebut lailatul qadar. Sekejap je kan dah nak masuk fasa akhir Ramadan dan ini memberi petanda bahawa kita akan meninggalkan bulan Ramadan tidak lama lagi. Pantas masa berlalu. Melihat terjemahan Surah Al Qadr jelas menyatakan turunnya Al Quran petunjuk umat Islam di waktu lailatul qadar yang mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Oleh itu, marilah kita sama2 menggandakan serta memperhebatkan amalan kita di sepuluh Ramadhan terakhir ini... janganlah kita fokus kepada malam2 ganjil sahaja...ini kerana ALLAH menjanjikan pahala yang amat besar bagi sesiapa yang benar-benar memanfaatkan Ramadhan ini...yang sunat digandakan pahalanya menjadi seperti amalan fardhu, manakala yang fardhu pula lebih-lebih lagi la kan? Wallahua'lam
Renung-renungkan, seLamaT BeramaL~!! ($_$)